Monday, January 7, 2013

Peranan ICT Dalam Kehidupan.


Setiap orang dilahirkan tidak sama. Tuhan Pencipta manusia menganugerahkan akal dan nafsu bertujuan menuntun manusia memilih jalan hidup yang diredhaiNya. Dengan akal manusia mampu berfikir, melakukan muhasabah diri (self assessment) , berkreativiti dan mencipta kecemerlangan untuk diri, masyarakat dan negara . Namun realiti dalam kehidupan berapa ramai orang yang benar-benar mampu menggunakan mindafikirnya secara maksima untuk membina sahsiah diri seiring dengan pembangunan pesat teknologi ICT masa kini. Tamaddun dan peradaban manusia dalam alaf ini turut berobah akibat pengaruh kemajuan pesat dunia siber. Dunia seolah-olah menjadi sebuah perkampungan kecil sehingga setiap peristiwa yang berlaku tidak sampai sesaat sudah diketahui umum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, ICT banyak membantu meningkatkan ilmu dan kecekapan guru serta pelajar mendapatkan maklumat terkini dalam bidang yang mereka terokai. Proses P&P bertambah menarik,menyeronokan dan yang paling penting membangkitkan minat pelajar secara mendalam. Produk atau hasil daripada penggunaan ICT dibuktikan dengan hasil kerja pelajar, seperti kerja kursus,projek, kajian tempatan, kemahiran menggunakan internet untuk mencari,mengumpul dan mendapatkan data-data yang akurat (accurate) untuk tujuan penilaian dan kajian. Bagi memantapkan lagi P&P keperluan perkakasan komputer yang dirangkaikan internet yang cukup bagi setiap sekolah sangat diperlukan.

No comments:

Post a Comment