Monday, January 7, 2013

kesan terhadap isu dalam penggunaan internet

a)     Netika
Internet sebenar punya kod etikanya sendiri. Kita tidak boleh lupa bahawa internet ini adalah hasil usaha kerja tangan manusia dan sudah tentulah akan terbentuk adab-adab dan tingkah laku ianya tersendiri. Walaupun dimana kita berada, diruangan “chat”, “IRC”, “ICQ”, Kumpulan Perbincangan dan “mailing list”, akan wujud etika atau “netiquette” tersendiri.
Perkara utama yang perlu dilakukan ialah kita perlu berfikir walaupun kita menggunakan internet dihadapan sebuah komputer, namun sebenarnya kita  masih berhubungan dengan manusia. Cara bagaimana anda saling berhubungan dengan orang lain empat mata, sepatutnya anda lakukan juga di dalam internet.
Perlu diingat, di dalam internet, kita juga dirangkumi oleh undang-undangnya tersendiri. Bagi kita di Malaysia, jika email tersebut mempunyai unsur fitnah atau tuduhan yang boleh menimbul kekacauan kita boleh didakwa. Begitu juga dengan akta hakcipta dan sebagainya. Malaysia mempunyai akta dan undang-undang yang melibatkan Internet, Rujuk laman Mycert ini.

b)     Kelucahan
Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam Internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini. Namun, penyebaran junk e-mail dalam bahasa Melayu di negara kita sendiri nampaknya semakin meluas dan menjadi-jadi, iaitu yang merupakan satu perkembangan yang amat tidak sihat dalam pembangunan teknologi maklumat dan saluran elektronik di negara kita.
Masih banyak nampaknya unsur negatif dan mengelirukan disebar begitu mudah melalui e-mail oleh kalangan yang ingin menyebarkan fahaman salah tentang pelbagai isu. Malah tidak kurang pula yang menggunakannya bersembang lucah dan menghantar bahan-bahan porno yang hanya mencerminkan kecetekan ilmu dan kedangkalan iman.
c)      Pengodaman
Masalah keselamatan teknologi maklumat (IT) di rantau Asia Pasifik sudah menjadi agenda agensi kerajaan sejak dua dekad lalu tetapi ia baru dikaji kalangan akademik dan pertubuhan bukan kerajaan. Antara isu yang diberi penekanan di bawah keselamatan negara termasuk peperangan siber, epidemiologi siber seperti penyebaran virus, penggodaman dan pencerobohan serta pengganas.
Di bawah perspektif isu keselamatan manusia, `privacy' dan capaian, hal-hal seperti teknik komunikasi, pemantauan dan kesan dari ekonomi berasaskan pengetahuan perlu diberi perhatian. Selain memajukan ICT dengan agresif, Malaysia juga merupakan negara yang mendahului lain-lain negara dalam menyediakan undang-undang siber untuk menghadapi jenayah siber.
      Langkah ini sangat tepat memandangkan dengan adanya undang-undang  seperti ini ia akan mengurangkan masalah jenayah siber.
d)     Pencerobohan
Pencerobohan ini biasanya melibat golongan ellit atau pakar dalam bidang komputer. Namun dalam mengasah kecerdikan minda dan idea tanpa memperdulikan yang mana hak dan yang mana bukan perkara ini boleh terjadi. Seringkali gejala ini berlaku atas dasar ingin mendapatkan maklumat rahsia yang terdapat dalam sesebuah syarikat, organisasi mahu pun sesebuah negara.
e)     Nilai murni
     Akibat penggunaan IT secara tidak sihat dan tanpa bimbingan yang sewajarnya,  seperti  di barat masyarakat akan menghadapi keruntuhan nilai murni/ akhlak terutama di kalangan remaja. Masalah yang sama juga dapat terjadi di negara kita. Untuk menghindari hal itu terjadi, kita perlu melihat terhadap kekuatan dan ketahanan yang ada pada diri sendiri. Hanya dengan ketahanan diri saja, dapat membendung segala gejala tidak sehat daripada menyerang dan meruntuhkan masyarakat kita.

       Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil segera supaya masyarakat tidak hanyut dan runtuh        akibat IT seperti yang berlaku di barat itu. Masyarakat haruslah dapat melihat dan membezakan isu-isu yang penting dengan isu-isu yang tidak penting, isu-isu yang remeh dengan isu-isu yang bermanfaat dan sebaliknya.

1 comment:

  1. Anda membuat beberapa perkara yang sangat penting tentang netiquette. Terutamanya bahawa internet adalah kerja tangan manusia dan bahawa pengguna membuat netiquette mereka sendiri. Sering kali netiquette laman ternyata berbeza daripada pereka yang dimaksudkan. Terima kasih untuk berkongsi.

    ReplyDelete